Jadual Guru Bertugas

Sila Klik : Jadual Guru Bertugas

Guru Bertugas Mingguan
1. Semua guru akan diminta menyempurnakan tugas ini secara bergilir-gilir mengikut hari. Dalam tiap-tiap satu minggu persekolahan, dua – empat orang guru akan bertugas. Nama di atas adalah ketua guru bertugas bagi minggu berkenaan. Pastikan guru bertugas mingguan peka akan minggu mereka bertugas.

2. Laporan-laporan tertentu dicatatkan di dalam Buku Log Laporan Guru Bertugas untuk makluman dan perhatian Pengetua / Penolong Kanan dan guru-guru. Buku ini hendaklah diserahkan kepada PK Pentadbiran / PK Petang sebelum sekolah bersurai pada hari berkenaan untuk ditandatangani.

3. Guru Bertugas hadir ke sekolah 15 minit awal bagi memastikan perjalanan sekolah bagi hari / minggu berkenaan.

4. Guru bertugas mingguan / harian bertindak sebagai pengawal perhubungan sekolah.

5. Membantu mengawasi disiplin dan kebajikan murid iaitu :
• Mengawasi pergerakan murid semasa persekolahan dan waktu pulang
• Memberi perhatian kepada murid-murid yang lamabat ke sekolah
• Memberi perhatian kepada murid-murid yang keluar kelas tanpa kebenaran
• Mengendalikan perhimpunan pagi (Isnin – Khamis) dan membuat pengumuman yang berkaitan
• Menyambut murid di pintu pagar selaras dengan Konsep Sekolah Penyayang

6. Memastikan tahap kebersihan sekolah terpelihara – kantin, kaki lima, tandas, bilik darjah, bilik khas dan lain-lain.

7. Dapatkan maklumat tentang perhimpunan sehari sebelum perhimpunan.