Permohonan Kemasukan PKSK 2022

https://spskt4.moe.gov.my/

LATAR BELAKANG

Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa:

a) Satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single entry point

b) Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus

FORMAT PENTAKSIRAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS (PKSK)
SEKOLAH KHUSUS
PERSEDIAAN SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN

Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk memasuki sistem. Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.

Pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD, jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan

PERSEDIAAN SEMASA MEMBUAT PENTAKSIRAN
JADUAL SESI PENTAKSIRAN
TARIKH – TARIKH PENTING PKSK
FASA PROSES PENGAMBILAN
Penafian

Sumber : Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan (1) Sekolah Berasrama Penuh (moe.gov.my)