Browse: Home / Selamat Hari Guru

Menu

Skip to content
Header image

SMK SUNGAI ARALogo

SMKSA

Menu

Skip to content
  • Utama
  • Profil
    • Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah
    • Carta Organisasi Sekolah
    • Visi & Misi
    • Falsafah Sekolah
    • Matlamat Sekolah
    • Lencana Sekolah
    • Moto Sekolah
    • Piagam Sekolah
    • Lagu Sekolah
    • Sejarah Sekolah
    • PIBG
  • Kurikulum
    • Jadual Waktu Kelas
    • Jadual Guru Bertugas
    • Program Kurikulum
    • Kemenjadian Murid
    • Pusat Sumber Sekolah
    • Pembestarian Sekolah
    • Penilaian & Peperiksaan
  • HEM
    • Program HEM
    • Lembaga Disiplin
    • Lembaga Pengawas
    • Biasiswa & Kebajikan
    • Pelan Laluan Kecemasan
    • Program Mentor Mantee
    • Jadual Bertugas Pintu Pagar
    • Senarai Nama Murid
  • Kokurikulum
    • Rumah Sukan
    • Permainan
    • Unit Beruniform
    • Persatuan & Kelab
    • Koakademik
    • Koperasi Sekolah (KOSARA)
    • Majalah Sekolah
    • Pencapaian Kokurikulum Akademik
    • Pencapaian Kokurikulum
  • Tingkatan 6
    • Kurikulum
      • Program Kurikulum
      • Kemenjadian Pelajar
    • Kokurikulum
    • Penilaian dan Pentaksiran
  • Takwim
    • Takwim Sekolah
    • Takwim Persekolahan
    • Takwim Peperiksaan & Pentaksiran
    • Takwim Peperiksaan Dalaman
  • Muat Turun
  • Galeri
    • Galeri Foto 2020
    • Galeri Foto 2019
    • Galeri Foto 2018
    • Galeri Foto
  • Hubungi Kami
  • Surat Kebenaran Merentas Daerah/Negeri Bagi Menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
  • Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Pengoperasian Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Seluruh Negara
  • Pembukaan Institusi Pendidikan bawah KPM
  • JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV OKEY RTM, ASTRO TUTOR TV dan ntv7
  • Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu

Selamat Hari Guru

Posted by admin on 2 May 2015 in 2015 | 656 Views

Hari Guru2015

HURAIAN TEMA HARI GURU 2015
GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK
____________________________________

1. DEFINISI

1.1 GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.

1.2 MEMBINA ILMU: Individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu muridi/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitIf).

1.3 MENYEMPURNAKAN: Menjadikan sempurna atau lengkap. Warga pendidik berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

1.4 AKHLAK: Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan.

2. HURAIAN

2.1 Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga Pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.

2.2 Peranan guru tidak hanya terbatas kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan murid serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.

2.3 Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013-2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru, guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.

Sumber: https://ms-my.facebook.com/permalink.php?story_fbid=802842999799107&id=798647566885317

Posted in 2015 | Tagged Hari Guru

Related Posts

Selamat Hari Guru→

Missing imageHari Guru Peringkat Sekolah→

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah→

Selamat Hari Guru 2016→


PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN

 

BERNAMA.com Utusan Berita Harian Harian Metro The Star New Straits Times

光华日报 Kwong Wah Yit Poh 星洲日报 Sin Chew Daily 南洋商报 Nanyang Siang Pau 中国报 China Press 东方日报 Oriental Daily News மலேசிய நண்பன் Malaysia Nanban

Bank Simpanan Nasional Malayan Banking CIMB Bank AmBank Public Bank RHB Bank

Affin Bank Hong Leong Bank Citibank HSBC Bank OCBC Bank Standard Chartered Bank

Penafian

SMK Sungai Ara adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Paparan Terbaik

Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 8 ke atas dan Mozilla Firefox 4.0 dengan resolusi 1280 x 768 dan ke atas.
 
 
 

Menu

  • Utama
  • Profil
  • Kurikulum
  • HEM
  • Kokurikulum
  • Tingkatan 6
  • Takwim
  • Muat Turun
  • Galeri
  • Hubungi Kami
Designed by webtemplatesbox