Program Pendidikan Inklusif

Program Pendidikan Inklusif

“Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

Murid berkeperluan pendidikan khas (MBK) belajar secara sepenuh masa bersama-sama murid arus perdana.MBK mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuaikan dengan bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan.

Untuk keterangan lanjut, sila klik bahan-bahan yang disertakan seperti berikut.
1. Latar Belakang Inklusif
2. Pengenalan Pendidikan Inklusif
3. Strategi PdP Pendidikan Inklusif
4. Pengurusan Tingkah Laku
5. Isu dan Cabaran