Unit Frog VLE sekolah telah mengadakan Program Promosi Frog VLE kepada Ibu Bapa sempena Hari Interaksi Bersama Waris pada 10 Julai 2015. Semasa sesi interaksi bersama waris, guru tingkatan mengedarkan kad frog VLE ibu bapa yang mengandungi ID dan kata laluan kedua-dua ibu bapa.
Kaunter khas dibuka untuk memberi kemudahan kepada para ibu bapa membuat pengaktifan ID masing-masing. Para waris juga diberi keterangan tentang kelebihan frog VLE 1BestariNet. Diharap dengan pemberian kad frog VLE ini dapat meningkatkan penggunaan oleh para ibu bapa dan seterusnya mencapai sasaran KPI Kementerian Pendidikan Malaysia.