Selamat Hari Guru : Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA

PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2022

Muat Turun Perutusan Hari Guru Tahun 2022 YB Menteri Kanan Pendidikanย ย ย pdfDI SINIย 

Muat Turun Perutusan Hari Guru Tahun 2022 Ketua Pengarah Pendidikan Malaysiaย ย ย pdfDI SINIย 

Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA” Tema Sambutan Hari Guru Tahun 2022

Guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara. Peranan dan kefungsian guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, guru juga memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semula jadi.

Penjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan nilai murni, kemahiran dan sikap positif yang dibangunkan dalam diri murid. Peranan guru ialah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menerapkan 14 elemen SEJAHTERA di dalam dan luar kelas untuk dijadikan amalan dalam kehidupan murid di sekolah dan luar sekolah.

Akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni yang memberi penerapan dalam aspek nilai-nilai murni. Huruf โ€œSโ€ membawa maksud selamat, seronok dan sihat, huruf โ€œEโ€ pula bermaksud etika dan empati, huruf โ€œJโ€ bermaksud jati diri, huruf โ€œAโ€ bermaksud adab sopan, huruf โ€œHโ€ bermaksud harmoni, huruf โ€œTโ€ bermaksud tekun, teliti, dan terampil, huruf โ€œE bermaksud eksplorasi, huruf โ€œRโ€ bermaksud rasional dan huruf โ€œA bermaksud artikulasi.

#SekolahkuSEJAHTERA

#KPMKomited

#KeluargaMalaysia

Sumber : Laman Facebook rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).