Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Murid SeMeSra

Tarikh : 14 April 2025 (Isnin)

Masa: 11.30 Pagi hingga 1.30 Petang

Tempat : Dewan Dato’ Haji Ismail Hashim

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Murid Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (SeMeSra) telah berlangsung dengan penuh tertib dan bermakna. Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan rasmi kepada pelajar-pelajar yang telah dipilih sebagai pemimpin murid bagi sesi persekolahan tahun ini.

Antara pemimpin murid yang menerima watikah pelantikan ialah Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan, serta pengawas SPBT. Penyampaian watikah ini melambangkan permulaan amanah dan tanggungjawab yang dipikul oleh setiap pemimpin untuk menjadi contoh teladan serta membantu dalam membentuk persekitaran sekolah yang harmoni, berdisiplin dan proaktif.

Majlis ini turut menyuntik semangat kepimpinan dalam kalangan murid dan memberi motivasi untuk menjalankan tugas dengan komited, berintegriti dan berdedikasi.