Task Force Bimbingan PPD Barat Daya
Pasukan Task Force Bimbingan PPD Barat Daya yang hadir memberi bimbingan dan tunjuk ajar berkaitan akademik dan hal-hal murid berfokuskan murid Tingkatan 5 pada 20 Oktober 2020
Taklimat Headcount Tingkatan 5 dan Hala Tuju 2020
Taklimat Headcount Tingkatan 5 dan Hala Tuju 2020 telah dijalankan pada 23 September 2020 di Dewan Dato’ Ismail Hashim.
Tahniah kepada murid tingkatan 5 yang berjaya melakukan lonjakan akademik dan menempatkan diri dalam kumpulan Formula One.
Juga diadakan slot motivasi oleh Pn Rozeerozanna Rosli. Terima kasih kepada puan atas meluangkan masa untuk memberikan perangsang kepada murid-murid tingkatan 5.
Digital Competency Score (DCS)
Skor Kompetensi Digital atau Digital Competency Score (DCS) adalah instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika.
DCS 2020 telah dilaksanakan pada 19 – 26 Ogos 2020 di Bilik VLE Frog dan Bilik Komputer untuk 80 orang murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.
Lawatan Menteri Kanan Pendidikan ke SMK Sungai Ara
Alhamdulillah, sekolah telah menerima lawatan mengejut Menteri Kanan, Menteri Pendidikan Malaysia YB Dr Mohd Radzi Bin Md Jidin ke SMK SUNGAI ARA pada petang in (14.08.2020).
Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2019
Majlis Penyampaian Sijil APC (Kategori Cemerlang Atas) Peringkat Sekolah 2019
Majlis Penyampaian Sijil Peningkatan Pencapaian PT3 2019
Majlis Penyampai Sijil Formula 1 untuk murid Tingkatan 2 2019
Majlis Penyampai Sijil Formula 1 PT3 dan Tingkatan 4 2019
Majlis Penyampaian Pelaporan Profil Murid (PPM) PT3 2019
Kemenjadian Murid Tahun 2019
TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH BARAT DAYA
Muhd Syhmie (4T1) mendapat Tempat Ketiga bagi pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Barat Daya.
MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG & GRADUASI SMKSA 2019
Pertandingan Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang 2019
Kategori Reka Cipta Inovasi Anugerah Emas – Tempat Ketiga

Pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme Peringkat Negeri 2019 – Naib Johan
