Tarikh : 10 September 2025 (Rabu)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Bilik Darjah 2UIA
Pada 10 September 2025, telah diadakan Aktiviti Modal Insan yang bertemakan semangat patriotisme. Aktiviti kali ini melibatkan penghasilan origami Bunga Raya menggunakan kertas sebagai simbol bunga kebangsaan Malaysia. Melalui aktiviti ini, murid bukan sahaja dapat memupuk kreativiti, malah turut menyemai nilai kecintaan terhadap negara.








