Aktiviti Senamrobik (Sesi Petang)

Tarikh : 18 Jun 2025 (Rabu)

Masa : 12.30 Tengahari

Tempat : Dewan Tunas Muda

Aktiviti senamrobik sesi petang telah dijalankan dengan jayanya bagi melibatkan semua murid sesi petang. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta menyemai semangat kerjasama dan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat dalam kalangan murid. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan semua peserta menunjukkan komitmen serta semangat yang tinggi sepanjang aktiviti berlangsung. Aktiviti ini juga berjaya mewujudkan suasana ceria dan harmoni dalam kalangan warga sekolah.