Bengkel Pembangunan Seni Tari

Bengkel Pembangunan Seni Tari

Tarikh : 17 April 2025 (Khamis)

Tempat : SMK Teluk Bahang

Sepanjang bengkel ini, peserta telah didedahkan kepada sejarah, nilai budaya serta teknik tarian yang betul melalui sesi latihan praktikal dan tunjuk ajar daripada jurulatih bertauliah. Aktiviti dijalankan dalam suasana yang kondusif dan interaktif, sekali gus memupuk minat, disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan peserta.

Program ini bukan sahaja berjaya mencungkil bakat-bakat baharu, malah turut meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara warisan budaya negara melalui seni persembahan. Melalui penglibatan aktif dalam bengkel ini, peserta lebih bersedia untuk menyertai pertandingan, persembahan pentas mahupun program kebudayaan di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan.