Program ini diadakan sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan murid hadir ke sekolah lebih awal dan menepati masa. Melalui program ini, murid yang hadir awal pada setiap hari persekolahan berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.
Selain itu, program ini bertujuan memupuk sikap disiplin, bertanggungjawab serta kesedaran tentang kepentingan pengurusan masa dalam kalangan murid. Diharapkan usaha ini dapat mewujudkan budaya hadir awal ke sekolah secara konsisten, seterusnya menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik dan sahsiah diri murid.
Tarikh : 11 Mac 2026 (Rabu
Masa : 7.20 Pagi
Tempat : Dewan Tunas Muda




