Coffee Corner Bonda | SPM 2025

Program Coffee Corner Bonda sempena SPM 2025 telah dilaksanakan sebagai inisiatif kebajikan sekolah dalam memberi sokongan dan semangat kepada calon-calon SPM. Melalui program ini, agihan makanan dan minuman disediakan khusus untuk membantu calon kekal bertenaga serta lebih fokus sepanjang tempoh peperiksaan. Usaha murni ini mencerminkan keprihatinan pihak sekolah  dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan calon SPM sentiasa terpelihara.

Tarikh : Sepanjang Tempoh SPM berlangsung

Tempat : Makmal Komputer