English Parliamentary Style Debate Competition

English Parliamentary Style Debate Competition

Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Inggeris (English Parliamentary Style Debate Competition) Zon Barat Daya telah dijalankan pada 12 hingga 14 Mac 2016 di SMKA Maahad Al Mashoor.

Pasukan SMK Sungai Ara yang terdiri daripada Daniel Goh Shang Choon (5S), Eshvari Tan a/p Tan Shurendar (5K1), Annisha Zhadirah Bt Azizan (3A), Nur Syafiqah Bt Suhaimi (3A) dan Anis Izzati Bt Che Anuar (3A), di bawah pimpinan Pn. Mogana Ranjanee a/p Rajandra telah muncul sebagai Johan dalam pertandingan tersebut. Daniel Goh Shang Choon (5S) juga dipilih sebagai Best Debater Zon Barat Daya.

Kami warga SMKSA ingin mengucapkan setinggi-tingginya Tahniah dan Syabas kepada wakil sekolah kerana telah berjaya menempatkan diri sebagai Johan pertandingan.