Karnival Sukan Pesca Negeri Pulau Pinang

Karnival Sukan PESCA Negeri Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Guru SeMeSra yang telah menyertai karnival ini serta berjaya meraih Johan Bola Tampar, Johan Bola Sepak Veteran dan Naib Johan Bola Sepak Senior. Pencapaian ini mencerminkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan komitmen tinggi warga pendidik SeMeSra.