Kursus i-Think Luar Talian (KILT)

Kursus i-Think Luar Talian (KILT)

PELAKSANAAN KURSUS I-THINK LUAR TALIAN (KILT)

Pengguna boleh memuat turun aplikasi KiLT dalam versi Windows, Android dan MacOS berserta manual pengguna di http://mygfl.moe.gov.my/web/guest/home. Aplikasi KiLT ini disediakan bagi memudahkan guru dan pentadbir yang menghadapi masalah mengakses Kursus i-THINK Dalam Talian (KiDT) dan mengurangkan kebergantungan kepada talian internet. Keseluruhan kandungan modul i-THINK boleh dilancarkan terus dalam komputer peribadi, komputer riba atau telefon pintar mengikut versi yang disediakan setelah dimuat turun. Fail yang dimuat turun boleh disebarkan kepada pengguna lain.

Akses internet hanya digunakan untuk daftar masuk (log-in), penghantaran data status kemajuan, pautan beberapa video dan pengaktifan voucher tamat kursus dalam ujian akhir. Jangkaan masa bagi menamatkan KILT adalah 2 hingga 4 minggu (2 – 3 jam sehari).

Pengguna diingatkan untuk memasukkan alamat e-mel yang betul dalam profail di dalam akaun masing-masing bagi membolehkan sistem menghantar voucher tamat kursus.

Selamat Berkursus, semoga berjaya menamatkannya dan mendapat voucher.