Kursus SKM Kolej Vokasional Balik Pulau

Kursus SKM Kolej Vokasional Balik Pulau

Kolej vokasional balik pulau

Kolej Vokasional Balik Pulau (KVBP), Pulau Pinang menawarkan kursus SKM, iaitu kursus elektrik (25 orang) dan kursus elektronik (25 orang) untuk sesi pengajian yang akan bermula pada 15 Jun 2015.

Penginapan disediakan dan calon adalah yang berumur 16 tahun. Kelebihan pada calon yang akan mendapat kemahiran disamping SPM.

KVBP mengalu-alukan calon yang berminat untuk menghadiri temuduga pada hari Ahad, 14 Jun 2015 bertempat di Dewan KVBP, jam 9 pagi. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 04-8666229.

Calon yang lemah akademik tetapi tiada masalah disiplin disamping berminat dengan kursus kemahiran yang disediakan akan diberi keutamaan.