Lawatan Kunjung Hormat oleh Pegawai Pemerintah 2RAMD

Tarikh : 7 Ogos 2025 (Khamis)

Masa : 12.00 Tengahari

Tempat : Pejabat Sekolah

Lawatan Kunjung Hormat oleh Pegawai Pemerintah 2RAMD, Leftenan Kolonel Mohamad Aziz Bin Ahmad Azhar bersama pentadbir SMK Sungai Ara telah berlangsung dalam suasana mesra dan penuh hormat. Pertemuan ini berjaya memperkukuh jalinan hubungan strategik antara pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan pihak pentadbir sekolah.

Perbincangan yang dijalankan membuka ruang kerjasama pada masa hadapan, khususnya dalam aspek kepimpinan, disiplin dan program yang dapat memberi manfaat kepada warga sekolah. Secara keseluruhannya, lawatan ini memberi impak positif serta menjadi asas kepada hubungan erat antara 2RAMD dan pentadbir SMK Sungai Ara.