atihan Dalam Perkhidmatan (LDP) mengenai pengisian markah TOV (Take-Off Value) dan ETR (Expected Targeted Result) dalam sistem eHOTS telah berjaya dilaksanakan dengan objektif utama untuk memastikan para guru memahami dan dapat mengisi data dengan tepat serta sistematik.
Sesi latihan dimulakan dengan penerangan tentang kepentingan TOV dan ETR dalam pemantauan prestasi pelajar, yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap awal serta sasaran pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM. Seterusnya, guru diberikan panduan langkah demi langkah tentang cara mengisi markah dalam sistem eHOTS melalui demonstrasi dan latihan praktikal.
Tarikh : 20 Mac 2025 (Khamis)
Masa : 1.00 Tengahari
Tempat : Bilik Al-Khawarizmi
