Majlis Berbuka Puasa (Iftar Jamaie) Tahun 2026 peringkat SMK Sungai Ara diadakan bersempena bulan Ramadan sebagai satu platform mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga sekolah. Program ini melibatkan calon SPM dan STPM 2026, ibu bapa/waris, serta kerjasama daripada PIBG dan PIBKS.
Majlis ini bertujuan memupuk nilai kebersamaan, ukhuwah dan semangat kekitaan di samping memberi sokongan moral kepada para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan penting. Diharapkan program ini dapat mewujudkan suasana harmoni antara pihak sekolah dan komuniti setempat.
Tarikh : 14 Mac 2026 (Sabtu)
Masa : 6.30 Petang hingga 10.00 Malam
Tempat : Dewan Dato Haji Ismail Hashim & Surau Raudhatul Sakinah




































