Majlis Penutup Ihya Ramadan & Lambaian Syawal 1446H bertemakan ‘Indahnya Syawal disambut Bersama”

Majlis Penutup Ihya Ramadan & Lambaian Syawal 1446H bertemakan ‘Indahnya Syawal disambut Bersama”

Tarikh : 28 Mac 2025 (Jumaat)

Masa : 7.30 Pagi hingga 12.00 Tengahari

Tempat : Dewan Tunas Muda (DTM)

Majlis Penutup Ihya Ramadan & Lambaian Syawal 1446H telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan semangat ukhuwah dalam kalangan warga SeMeSra. Bertemakan “Indahnya Syawal Disambut Bersama,” program ini bertujuan menghayati kemuliaan Ramadan serta menyemarakkan kegembiraan menyambut Syawal dalam suasana harmoni dan kebersamaan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang majlis, antaranya Majlis Bacaan Yasin, Khatam Al-Quran, Penyampaian Infaq Ramadan, dan Duit Raya. Majlis Bacaan Yasin dan Khatam Al-Quran diadakan sebagai simbolik penutupan Ramadan dengan keberkatan dan doa kesejahteraan. Penyampaian Infaq Ramadan pula bertujuan membantu golongan yang memerlukan, mencerminkan nilai keprihatinan dan kasih sayang dalam komuniti. Selain itu, pemberian Duit Raya menyerikan lagi majlis serta membawa kegembiraan kepada para penerima, terutama dalam kalangan pelajar dan kanak-kanak.

Secara keseluruhannya, majlis ini berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuh nilai-nilai Islam, mengeratkan silaturahim, serta menyuburkan semangat syukur dan kebersamaan dalam kalangan peserta. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi mengekalkan tradisi dan keberkatan Ramadan serta Syawal.