Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2024

Tarikh : 24 April 2025(Khamis)

Tempat : Dewan Tunas Muda

Masa : 10.00 Pagi

Majlis Penyerahan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024 di SMK Sungai Ara telah berlangsung dengan jayanya pada 24 April 2025 (Khamis) bertempat di Dewan Tunas Muda. Majlis dimulakan seawal jam 10.00 pagi dan diserikan dengan kehadiran Bonda Pengetua PuaN Hajah Nooraliza Binti Nasrudim barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa serta calon-calon SPM tahun 2024.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh Pengetua, yang turut menyampaikan kata-kata semangat serta penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus sepanjang tempoh peperiksaan. Seterusnya, keputusan peperiksaan diserahkan secara rasmi kepada calon-calon yang hadir mengikut kelas masing-masing.

Tahun ini, SMK Sungai Ara mencatatkan peningkatan prestasi yang membanggakan, dengan peningkatan GPS sebanyak 0.44 iaitu 4.99 dan 93.24% Layak Mendapat Sijil. Kejayaan ini mencerminkan usaha gigih pelajar, komitmen guru serta sokongan padu daripada ibu bapa dan pihak sekolah.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar, ucapan tahniah dan motivasi untuk langkah seterusnya dalam pendidikan atau kerjaya para pelajar. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah.