Penyampaian Sijil dan Pingat Silat Kejohanan Piala Perdana Menteri Kebangsaan dan kelayakan Asian School Game

Majlis Penyampaian Sijil dan Pingat ini diadakan bagi meraikan kejayaan para atlet silat sekolah yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam Kejohanan Piala Perdana Menteri Kebangsaan serta melayakkan diri ke Asian School Games. Majlis ini bertujuan memberi penghargaan atas usaha gigih, disiplin tinggi dan semangat juang yang ditonjolkan oleh setiap peserta sepanjang pertandingan.

Tarikh : 15 Oktober 2025 (Rabu)

Masa : 12.30 Tengahari

Tempat : Dewan Tunas Muda