Perjumpaan Bonda Pengetua bersama murid Tingkatan 5 telah diadakan sebagai sesi perkongsian semangat dan motivasi menjelang peperiksaan SPM. Dalam majlis ini, Bonda Pengetua turut menyempurnakan penyerahan Score Card Peperiksaan Percubaan SPM (PPC) kepada murid sebagai tanda sokongan dan dorongan untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik. Program ini diharap dapat membina keyakinan serta meningkatkan fokus murid dalam menghadapi peperiksaan sebenar.
Tarikh : 10 Oktober 2025 (Jumaat)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Tunas Muda













