Perjumpaan Murid Kelas Mutiara Budi (KMB) bersama Bonda Pengetua telah diadakan bagi mengeratkan hubungan antara pihak pentadbir dan murid. Dalam sesi ini, Bonda Pengetua turut menyempurnakan penyerahan button badges kepada murid sebagai simbol semangat, jati diri dan kebanggaan warga KMB. Majlis yang berlangsung dalam suasana mesra ini diharap dapat menyuntik motivasi kepada murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam sahsiah dan akademik.
Tarikh : 6 Oktober 2025 (Isnin)
Masa : 1.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Al-Khawarizmi











