Tarikh : 3 September 2025 (Rabu)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Bilik Tingkatan 6
Program Perkongsian Amalan Terbaik: Pembentangan Kajian Tindakan Guru Akademik Tingkatan 6 telah berlangsung dengan jayanya. Guru-guru Tingkatan 6 telah membentangkan hasil kajian tindakan masing-masing yang menekankan inovasi, kreativiti serta strategi berkesan dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Perkongsian ini menjadi wadah penting dalam memperkasa profesionalisme guru serta memberi inspirasi kepada rakan sejawat.









