Program Free Market 2.0

Program Free Market 2.0 telah berjaya dilaksanakan sebagai inisiatif memupuk amalan berkongsi, keprihatinan sosial dan kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga sekolah. Program ini memberi peluang kepada semua untuk memberi dan menerima barangan secara percuma, sekali gus menyemai nilai kebersamaan, tanggungjawab sosial dan budaya berjimat cermat.

Tarikh : 5 Disember 2025 (Jumaat)

Masa : 10.30 Pagi hingga 12.00 Tengahari

Tempat : Dewan Tunas Muda