Program INSPIRE (Program Membina Kompetensi, Menginspirasikan Kejayaan) merupakan satu inisiatif pembangunan akademik dan sahsiah yang dirangka khusus bagi memperkasakan pelajar Tingkatan 6 Semester 2 dalam menghadapi cabaran pembelajaran serta persediaan menuju peperiksaan STPM. Program ini memberi penekanan kepada pembangunan kompetensi diri, pengukuhan kemahiran belajar, pembinaan kepimpinan, komunikasi berkesan dan pengurusan emosi bagi melahirkan pelajar yang lebih yakin, berdaya saing dan berprestasi tinggi.
Tarikh : 5 Mei 2026 (Selasa)
Masa : 7.30 Pagi hingga 9.00 Pagi
Tempat : Dewan Tunas Muda







































