Program Penyerahan Bakul Rahmah Ramadan Fasa 1

Program Penyerahan Bakul Rahmah Ramadan Fasa 1 telah dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif kebajikan bagi membantu murid yang memerlukan sempena bulan Ramadan. Program ini bertujuan meringankan beban murid dengan menyediakan sumbangan bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan asas bagi persiapan menjalani ibadah puasa.

Melalui program ini, murid yang telah dikenal pasti menerima sumbangan Bakul Rahmah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan daripada pihak sekolah. Diharapkan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada murid serta menyemarakkan semangat kebersamaan, keprihatinan dan nilai kasih sayang dalam kalangan warga sekolah sepanjang bulan Ramadan yang mulia.

Tarikh : 23 Februari 2026 (Isnin)

Masa : 12.30 Tengahari

Tempat : Kantin Sekolah