Ujian Kenaikan Pangkat Ahli Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Barat Daya telah dijalankan bagi menilai kecekapan, pengetahuan dan tahap disiplin ahli kadet. Pelaksanaan ujian ini melibatkan penilaian teori serta praktikal yang bertujuan memastikan ahli kadet benar-benar bersedia untuk memegang jawatan dan tanggungjawab pada pangkat yang lebih tinggi. Diharapkan ujian ini dapat melahirkan ahli Kadet Bomba yang berdisiplin, berdaya saing serta berupaya berkhidmat dengan lebih berkesan.
Tarikh : 27 November 2025 (Khamis)
Masa : 8.00 Pagi hingga 4.00 Petang
Tempat : Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Kampung Terang, Balik Pulau










