Pertandingan Cake Decoration sempena Hari TVET Negara Peringkat Negeri

Tarikh : 7 Ogos 2025 (Khamis)

Masa : 8.00 Pagi

Tempat : Kolej Vokasional Nibong Tebal

Pertandingan Cake Decoration sempena Hari TVET Negara Peringkat Negeri yang telah berlangsung di KV Nibong Tebal pada 7 Ogos 2025 telah disertai oleh murid Tingkatan 4 PVMA, SMK Sungai Ara. Penyertaan ini amat bermakna kerana murid berjaya memperoleh tempat ke-5 daripada 20 penyertaan yang mengambil bahagian.

Kejayaan ini membuktikan bahawa murid mampu bersaing di peringkat negeri dengan menonjolkan bakat, kreativiti serta kemahiran yang dipelajari di sekolah. Penyertaan ini juga memberi pendedahan berharga kepada murid dalam meningkatkan keyakinan diri, kemahiran hands-on serta semangat juang untuk terus mencapai kecemerlangan dalam bidang TVET.

Secara keseluruhannya, pertandingan ini memberi pengalaman yang sangat positif dan menjadi pemangkin kepada usaha sekolah untuk terus melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi serta berdaya saing.