Penyampaian Hadiah Pertandingan Bola Sepak sempena Hari Sukan Negara

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Bola Sepak sempena Hari Sukan Negara diadakan bagi menghargai usaha, semangat kesukanan dan pencapaian para pemain yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Program ini merupakan salah satu inisiatif untuk memupuk gaya hidup sihat serta menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti fizikal dan sukan.

Tarikh : 9 Oktober 2025 (Khamis)

Masa : 1.00 Petang

Tempat : Dewan Tunas Muda