Program Parlimen Sekolah yang berlangsung pada 17 hingga 18 November 2025 telah melibatkan penyertaan sekolah-sekolah terpilih dari setiap daerah. Setiap sekolah menghantar dua orang pemimpin pengawas sebagai wakil dalam program kepimpinan ini.
Sekolah kita telah diwakili oleh Muhammad Ajmal dari Tingkatan 4 Sains Teknologi (4ST) dan Muhammad Zuhairi dari Tingkatan 3 Universiti Malaya (3UM). Kedua-dua murid ini telah menunjukkan komitmen tinggi serta semangat kepimpinan sepanjang program berlangsung.
Tarikh : 17 hingga 18 November 2025 (Isnin hingga Selasa)
Tempat : Parlimen Malaysia









