Program Smart Time bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling

Program Smart Time merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan bagi membudayakan pengurusan masa yang efektif dalam kalangan murid. Program ini memberi penekanan kepada kepentingan hadir awal ke sekolah, memanfaatkan masa sebelum sesi pembelajaran bermula dengan aktiviti yang berfaedah seperti bacaan, ulang kaji pelajaran dan persediaan diri.

Melalui pelaksanaan program ini, murid dididik untuk lebih berdisiplin, menghargai masa serta membentuk sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Selain itu, suasana sekolah yang lebih kondusif dan terancang dapat diwujudkan, sekali gus membantu meningkatkan fokus serta pencapaian akademik murid.

Diharapkan Program Smart Time ini dapat melahirkan murid yang menepati masa, berdaya saing dan cemerlang dari segi sahsiah serta akademik.

Tarikh : 11 Mac 2026 (Rabu

Masa : 8.00 Pagi hingga 8.45 Pagi

Tempat : PSS Baitul Hikmah