Program Cabutan Bertuah bagi 5 orang murid yang hadir awal pada Minggu Ke-4 bagi sesi pagi telah dilaksanakan sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan amalan hadir awal ke sekolah dalam kalangan murid. Program ini bertujuan memupuk sikap disiplin, tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan masa.
Melalui cabutan bertuah ini, lima orang murid bertuah telah dipilih dan menerima hadiah sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka hadir awal ke sekolah. Diharapkan program seperti ini dapat memberi motivasi kepada murid lain untuk terus mengamalkan budaya hadir awal dan seterusnya meningkatkan sahsiah serta disiplin diri.
Tarikh : 5 Februari 2026 (Khamis)
Masa : 7.30 Pagi
Tempat : Dewan Tunas Muda




