Taklimat e-RPH kepada Guru Baharu

Taklimat penggunaan eRPH telah disampaikan oleh Pn. Siti Nur Afifah kepada guru-guru baharu bagi memberikan pendedahan tentang pengurusan dan penyediaan Rancangan Pengajaran Harian secara digital. Taklimat ini bertujuan memastikan guru baharu memahami kaedah penggunaan sistem eRPH dengan betul dan selaras dengan keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Melalui sesi ini, guru-guru baharu telah diberi penerangan berkaitan cara mengisi maklumat PdP, menetapkan standard kandungan dan standard pembelajaran, serta memastikan perancangan pengajaran direkod secara sistematik dan teratur. Selain itu, taklimat ini turut membantu guru meningkatkan kecekapan dalam pengurusan dokumentasi PdP secara lebih efisien dan profesional.

Tarikh : 3 Februari 2026 (Selasa)

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Bilik VLE Frog