Taklimat Pelaksanaan PDP PVMA berasaskan COPTPA

Taklimat Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) berasaskan COPTPA telah diadakan bagi memberikan pendedahan dan pemahaman kepada guru-guru tentang pelaksanaan PdP yang lebih sistematik, berfokus dan selaras dengan keperluan kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Taklimat ini bertujuan untuk memastikan guru memahami konsep dan kaedah pelaksanaan PdP berasaskan COPTPA, yang menekankan perancangan pengajaran berdasarkan hasil pembelajaran, standard prestasi, serta pentaksiran yang berkesan.

Tarikh : 3 Februari 2026 (Selasa)

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Al-Khawarizmi