frog VLE (Virtual Learning Environment) 1BestariNet

Di bawah projek 1BestariNet, sekolah telah dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband) berkelajuan tinggi dan sebuah Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu frog VLE (Virtual Learning Environment) untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan.

Dengan itu, setiap pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia yang boleh dicapai di dalam dan di luar sekolah: pada bila-bila masa, di mana jua. Dalam pelaksanaan program ini, setiap pelajar, ibu bapa / penjaga, dan guru akan diberikan satu ID Pengguna yang unik dan pelbagai guna.

*Semua guru diminta login ke dashboard sekolah untuk membuat pengakuan di Borang Persetujuan Penjanjian Penggunaan Secara Terkawal.