Program Iftar Jamaie Peringkat Sekolah telah berjaya dianjurkan dengan penuh kemeriahan dan semangat ukhuwah. Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara guru, pelajar, dan ibu bapa serta menerapkan nilai-nilai murni seperti kesyukuran dan kebersamaan dalam kalangan warga sekolah.
Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas yang memberi peringatan tentang kepentingan bulan Ramadan serta kelebihan berbuka puasa secara berjemaah. Seterusnya, semua hadirin berbuka puasa bersama-sama dalam suasana harmoni. Solat Maghrib, Isyak, dan solat Tarawih berjemaah turut diadakan, memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan amalan ibadah mereka.
Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif yang diharapkan. Sambutan yang menggalakkan serta kerjasama erat antara semua pihak mencerminkan semangat kebersamaan dalam komuniti sekolah. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk perpaduan dan nilai-nilai murni dalam kalangan warga sekolah.
Tarikh : 18 Mac 2025 (Selasa)
Masa : 6.30 Petang hingga 10.00 Malam
Tempat : Padang SeMesra dan Dewan Dato Haji Ismail Hashim





























































































