Latihan Kebakaran dan Demonstrasi Memadam Api 2025

Tarikh : 3 September 2025 (Rabu)

Masa : 9.30 Pagi (Sesi Pagi) & 3.30 Petang (Sesi Petang)

Tempat : Padang SeMeSra

Latihan Kebakaran dan Demonstrasi Memadam Api telah dijalankan di SeMeSra sebagai usaha meningkatkan kesedaran serta tahap kesiapsiagaan warga sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan. Program ini dijalankan dengan kerjasama pasukan keselamatan dan bomba yang memberi tunjuk ajar tentang prosedur keselamatan, cara penggunaan alat pemadam api serta langkah menyelamatkan diri dengan betul.