Tarikh : 28 Ogos 2025 (Khamis)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : SMK Raja Tun Uda
Pada 28 Ogos 2025, murid Tingkatan 6 SeMeSra telah menyertai Pameran Kerjaya yang berlangsung di SMK Raja Tun Uda (RTU). Program outreach ini memberi pendedahan kepada murid mengenai peluang melanjutkan pengajian, hala tuju kerjaya serta kemahiran insaniah yang relevan untuk masa depan. Penyertaan ini membuka ruang kepada murid Tingkatan 6 untuk membuat perancangan kerjaya dengan lebih jelas dan terarah.





