Tarikh : 9 Ogos 2025 (Sabtu)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : MRSM Balik Pulau
Majlis Penutupan Tuisyen Pintar YPM@KKDW 2025 telah berlangsung dengan jayanya dan meninggalkan impak yang positif kepada semua murid yang terlibat. Program ini telah memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan penguasaan ilmu, memperkukuh persediaan akademik serta menambah keyakinan diri menghadapi peperiksaan.
Sepanjang pelaksanaan, murid bukan sahaja memperoleh bimbingan akademik, tetapi juga suntikan motivasi daripada guru dan penceramah yang terlibat. Usaha ini jelas memperlihatkan kerjasama erat antara pihak Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta pihak sekolah dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan murid.




