Tarikh : 9 Ogos 2025 (Sabtu)
Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Kantin SeMeSra
Sambutan ulang tahun kelahiran guru bagi bulan Julai hingga September 2025 telah diadakan dalam suasana penuh mesra dan harmoni. Program ini bertujuan menghargai jasa serta sumbangan guru di SMK Sungai Ara, di samping mengeratkan silaturahim antara warga pendidik.
Majlis yang ringkas tetapi bermakna ini berjaya menceriakan guru yang diraikan serta mewujudkan suasana kekeluargaan dalam kalangan warga sekolah. Selain itu, program sebegini turut menyemai rasa kebersamaan, semangat setiakawan dan budaya saling menghargai antara rakan sejawat.





