Majlis Pelancaran Tabung Infaq Ramadan 1447H telah diadakan sebagai satu inisiatif untuk menyemarakkan semangat bersedekah dan membantu golongan yang memerlukan sempena bulan mulia Ramadan. Program ini bertujuan memupuk nilai keprihatinan, kasih sayang dan amalan berinfaq dalam kalangan warga sekolah.
Tabung infaq ini diwujudkan bagi mengumpul sumbangan ikhlas daripada guru, murid dan seluruh warga sekolah untuk disalurkan kepada murid yang kurang berkemampuan serta golongan yang memerlukan.
Tarikh : 9 Februari 2026 (Isnin)
Masa : 2.00 Petang – 2.30 Petang
Tempat : Dewan Tunas Muda




