Pengumuman Keputusan Pemilihan Perwakilan Tingkatan Enam Sesi 2025/2026

Tarikh : 9 September 2025 (Selasa)

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Dewan Dato Haji Ismail Hashim

Keputusan Pemilihan Perwakilan Tingkatan Enam Sesi 2025/2026 telah diumumkan secara rasmi. Murid Tingkatan Enam yang terpilih akan menggalas tanggungjawab sebagai barisan kepimpinan baharu bagi sesi ini. Pemilihan ini mencerminkan amalan demokrasi di sekolah dan diharapkan dapat melahirkan pemimpin pelajar yang berwibawa, berintegriti serta mampu menjalankan amanah dengan penuh dedikasi.