Tarikh : 9 September 2025 (Selasa)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Al-Khawarizmi
Pembentangan Anugerah Sekolah Hijau telah diadakan dengan tujuan menilai dan mengiktiraf usaha sekolah dalam melaksanakan inisiatif kelestarian alam sekitar. Melalui pembentangan ini, warga sekolah menonjolkan pelbagai program hijau, amalan lestari serta inovasi mesra alam yang dijalankan bagi menyokong agenda pembangunan mampan.






















