Pengundian Perwakilan Tingkatan Enam Sesi 2025/2026

Tarikh : 8 September 2025 (Isnin)

Masa : 8.00 Pagi

Tempat : Dewan Dato Haji Ismail Hashim

Proses Pengundian Perwakilan Tingkatan Enam Sesi 2025/2026 telah dijalankan dengan lancar dan teratur. Semua murid Tingkatan Enam berpeluang melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi dalam memilih barisan kepimpinan baharu. Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan budaya demokrasi dalam kalangan pelajar, malah memberi pengalaman berharga tentang proses pilihan raya yang sebenar.